solat bukanlah hanya dibolehkan dirumah,surau ataupun di masjid sahaja, akan tetapi solatlah dimana-mana sahaja yang kita berada, samaada di pasaraya, kebun, padang, hutan dan sebagainya. yang penting tempat yang kita akan solat mestilah tempat yang bersih daripada najis, Islam itu mudah , jangan dipersusahkan.
Monday 10 December 2012
solatlah dimana-mana sahaja
adakah kita KHUSYUK dalam solat??
- Faktor pemakanan, jauhkan diri kita memakan makanan dari sumber yang tidak diketahui, contohnya makan makanan yang bertanda halal semata-mata. Makanan merupakan faktor yang paling penting untuk mendidik jiwa untuk mendapat solat kusyuk. Sunnah nabi, berenti sebelum kenyang dan makan ketika lapar. Bila kita makan banyak kita akan mengantuk dan menguatkan nafsu kita. Dalam masa yang sama susah untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna.
- Ambil wuduk dengan sempurna jangan ambil wuduk seperti batuk ditangga, kerana wuduk yang baik akan membuatkan solat menjadi baik, menentukan solat itu diterima ataupun tidak ialah berasal dari wuduknya.
- Sebelum memulakan solat disunnatkan kita membaca istiqfar, 3 khul iaitu Surah An-Nas, Surah Al-Falak, Surah Al-Ikhlas. fadhilat surah ini ialah untuk mencegah dari gangguan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk melalaikan manusia ketika solat.
- Semasa solat hadirkan diri kita seolahnya sedang berhadapan dengan Allah, rasa kehinaan kita kepada Allah, rasa taubat dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan, sesungguhnya diri kita akan merasa gerun dan takut akan segala siksaan Allah terhadap segala dosa yang telah kita lakukan.
- Ketika solat perlu kita mentadabbur makna bacaan kita dalam solat, untuk memelihara hati kita supaya ia menolong kita untuk mendapat solat kusyuk. Jika tidak tahu mentadabbur makna bacaan dalam solat maka boleh kita membayangkan segala perkataan dalam solat kita. sumber: Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net
Thursday 29 November 2012
Sunday 25 November 2012
Contoh RPH Pendidikan Islam Tahun 4
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran : Pendidikan
Islam ( Ibadah )
Kelas : Tahun 4
Tarikh / Hari : 19
APRIL 2012 / KHAMIS
Masa : 12.05 – 12.35 pagi ( 30 minit )
Bil. Pelajar : 10 orang
Tajuk : Solat
– Pengertian Solat, Rukun dan Rukun Solat
Bidang pembelajaran : Ibadah
Solat
Objektif pembelajaran :
Mengetahui konsep
solat
Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :
A.
Menguasai isi kandungan :
a. Menjelaskan pengertian solat
b. Menyatakan pengertian rukun
b.Menyatakan maksud rukun solat
B. Membina kemahiran berfikir :
a.
Membezakan antara pengertian solat, rukun dan rukun solat.
b.
Melengkapkan pengertian solat dan rukun solat di papan carta
C. Mengamalkan sikap dan nilai
a. Istiqamah
mengerjakan solat dan melakukannya mengikut
peraturan
dan tertib.
b.
Melakukan perbuatan rukun solat dengan sempurna.
Konsep
utama : 1.
Yakin tentang kewajipan solat yang terdiri daripada beberapa
perbuatan,
bacaan dan perlakuan hati .
2. Rukun solat wajib dilakukan dalam
solat dan solat tidak sah jika
rukun solat ditinggalkan
Bahan/ Peralatan/ : 1. Keratan/ kepingan kad
Bahan Sumber
2. Lembaran kerja
3. Slaid Powerpoint
Langkah berjaga-jaga : Menyediakan hands-out slaid powerpoint
jika terputus bekalan
elektrik untuk semakan murid.
Pengetahuan : 1. Murid mengetahui tentang solat.
Sedia Ada 2.
Murid mengetahui cara menunaikan solat.
Fasa /
Masa
|
Isi
Kandungan
|
Aktiviti
Pengajaran Pembelajaran
|
Nota
|
|
Aktiviti
Guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Permulaan/ Mencungkil
Idea
( 5 minit )
|
1. Gambar orang solat
2. Nyatakan rukun Islam
yang ke dua?
|
1. Guru menunjuk-kan
gambar orang solat dan bersoal-jawab tentang gambar.
2. Guru menyoal tentang
rukun Islam.
3. Guru mengaitkan
jawapan murid dengan isi pelajaran.
|
1. Murid respon tentang
gambar dan soalan yang dikemukakan.
|
|
Menstruktur/
Menstruktur
Semula
( 15 minit )
|
Pengertian Solat :
Solat ialah beberapa
perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi
dengan salam mengikut syarat –syarat tertentu
Pengertian
Rukun :
Rukun
ialah sesuatu perkara yang mesti ada dan dilakukan dalam tiap-tiap amalan.
Maksud
rukun solat ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan
solat, jika ditinggalkan tidak sah solat
|
1. Guru
mempamer-kan slaid powerpoint mengenai
maksud solat
2. Guru bersoal jawab
tentang pengertian solat
1. Guru mempamer-kan pengertian rukun menggunakan slaid powerpoint.
2. Penerangan guru tentang
maksud rukun
1. Guru
mempamer-kan slaid powerpoint tentang
maksud rukun
solat.
2. Guru bersoal jawab tentang
maksud rukun solat
|
1. Murid membaca
pengertian solat secara kelas dan individu.
2. Murid menjawab soalan
guru
.
1. Murid membaca
pengertian rukun secara kelas dan individu.
2. Murid mendengar
penerangan guru.
1. Murid membaca
maksud rukun solat secara kelas dan
individu.
2. Murid menjawab soalan
guru.
|
|
Applikasi idea
( 5 minit )
|
Membezakan antara solat
dan rukun solat
|
1. Guru menyedia-kan
keratan kad untuk dilengkapi oleh murid secara berkumpulan.
2. Guru meminta murid mengikut
melengkapkan pengertian solat dengan
melekatkan kepingan kad di papan putih
|
1. Murid secara
berkumpulan meletakkan keratan kad di papan putih bagi membezakan pengertian
solat, rukun dan rukun solat
|
|
Refleksi /
Penutup
( 5 minit )
|
Aktiviti individu
- Melengkapkan
pengertian solat, rukun dan rukun solat
|
1. Guru mengedar-kan lembaran
kerja kepada semua murid..
2. Guru memeriksa kerja
murid.
|
1. Murid menjawab
soalan.
2. Murid menyerahkan jawapan kepada guru.
|
|
Refleksi :
1. 9/10 orang murid dapat menjawab lembaran
kerja mengenai pengertian solat, rukun dan
rukun solat dengan betul.
2. 1/10 orang murid masih keliru membezakan
pengertian solat dengan rukun solat semasa
membuat latihan.
Friday 23 November 2012
HARI ASYURA
PERKONGSIAN: HARI ASYURA ~ Sehari sebelum dan sesudahnya.
[ Dipetik dari Kitab Fiqh Sunnah: Sayyid Sabiq – bab: Puasa Sunnah ]
Nabi s.a.w ditanya apakah puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan? Beliau menjawab: Puasa dibulan Allah yang kalian namakan bulan Muharram. [ Hadis Riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Abu Daud ].
Dari Muawwiyah bin Abi Sufian, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah
s.a.w
bersabda: Hari ini adalah hari Asyura dan kalian tidak diwajibkan
berpuasa pada hari ini. Sedangkan aku sekarang berpuasa pada hari ini.
Sesiapa yang menghendaki, dia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak
menghendaki, dia boleh untuk tidak berpuasa. [ Muttafaq ‘Alaih ].
Dari Aishah r.a, dia berkata, hari Asyura merupakan hari puasa orang-orang Quraisy pada zaman Jahiliyyah. Rasulullah s.a.w juga berpuasa pada hari Asyura. Sebaik tiba di Madinah, beliau tetap berpuasa Asyura dan menyuruh orang-orang untuk berpuasa pada hari itu. Tetapi setelah diwajibkan puasa Ramadhan, beliau bersabda:
“sesiapa yang menghendaki, dia boleh berpuasa dan sesiapa yang menghendaki, dia boleh meninggalkannya”. [ Hadis Riwayat Bukhari & Muslim ].
Dari Ibnu Abbas r.a dia berkata, Rasulullah datang ke Madinah dan menyaksikan orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Beliau bertanya: “hari apakah ini?”. Mereka menjawab: “hari ini adalah hari baik. Pada hari ini Allah menyelamatkan Musa (Nabi) dan Bani Israil dari musuh mereka. Lantas Musa berpuasa pada hari ini.” Sabda Nabi s.a.w: “aku dan kalian lebih berhak daripada Musa”. Kemudian baginda berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan puasa pada hari itu. [ Hadis Riwayat Bukhari & Muslim ].
Dari Abu Musa Al-Asy’ari r.a dia berkata: Hari Asyura dirayakan oleh orang-orang Yahudi dan mereka menjadikannya sebagai hari raya. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w bersabda: “Puasalah kalian pada hari ini (hari Asyura). [ Hadis Riwayat Bukhari & Muslim ].
Dari Ibnu Abbas r.a dia berkata: Tatkala Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan berpuasa pada hari itu, mereka berkata: “wahai Rasulullah! Hari ini merupakan hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani.” Sabda Nabi: Jika masih bertemu dengan tahun hadapan, InsyaAllah kita berpuasa pada hari ke 9.
Ibnu Abbas berkata, tetapi belum juga sampai pada tahun hadapan, Rasulullah s.a.w telah wafat. [ Hadis Riwayat Muslim & Abu Daud ].
Dalam riwayat lain disebutkan:
“seandainya usiaku masih sampai pada tahun hadapan, sesungguhnya aku akan berpuasa pada hari ke-9. [ Hadis Riwayat Imam Ahmad & Muslim ]. (maksudnya beserta Hari Asyura: 10 Muharram ).
Para ulama’ menyebutkan bahawa, puasa Hari Asyura ada 3 tingkatan:
Pertama: Puasa selama 3 hari ( 9, 10 dan 11 Muharram )
Kedua: Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram sahaja.
Ketiga: Puasa pada hari ke-10 Muharram sahaja.

fardhu ain dan fardhu kifayah
Fardhu Ain
1.solat subuh
2.solat zohor
3.solat asar
4.solat maghrib
5.solat isyak
6.solat jumaat
Fardhu Kifayah
Thursday 15 November 2012
Monday 12 November 2012
soal jawab permasalah solat dengan ustaz Azhar Idrus
1. berpaling muka dari arah kiblat |
2. tertambah rakaat solat |
3. dah terlapik ketika sujud |
4. tidak kusyuk dalam solat |
5. daki |
6. suara wanita dalam solat |
7. solat dalam kereta |
8. berkata-kata dalam solat |
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.203016519770868.51583.202752153130638&type=3
Monday 29 October 2012
Imam Nawawi dalam at-Tibyan fii hamalatil Qur'an menyenaraikan 20 perkara sunnat sebelum membaca alQur'an
1. Bersugi / berus gigi
2. Bersuci / wudhu'
3. Di tempat yg suci
4. Menghadap kiblat
5. Melihat musyhaf
5. Melihat musyhaf
7. Membaca dengan tartil
9. Membaca dengan tertib (ikut susunan rasm uthmani)
10. Membaguskan suara
12. Mengulang-ngulang bacaan
13. Menangis
14. Menghindari sikap yang kurang baik
16. Ketika ada hajat (bersin dan menguap) hendaklah berhenti dengan tertib dan waqaf
19. Adab khatam alQur'an
Subscribe to:
Posts (Atom)